Status anak K._Pathmanaban

Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah ini. Ia dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.[2]

Pada 23 April 2009, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mengumumkan keputusan kabinet berhubung isu ini.Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur 18 tahun, hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.Undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu. Tujuannya bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab.